Pages

tulisan arab

Thursday, 26 March 2015

Biar si kecil menjadi gurunya



بسم الله الرحمن الرحيم


Jangan dipandang sebelah mata, anak kecil yang tak tahu apa-apa. Sedangkan kita pun pernah menjadi sepertinya, tiada manusia yang lahir-lahir, terus menjadi dewasa. Aku lihat anak kecil itu, perlahan-lahan bangun dari berbaring lalu berguling, kemudian meniarap seterusnya merangkak. Kemudian dia mula bangun meniti di tepi dinding. Bertatih-tatih tanpa mempedulikan sekeliling.
Satu langkah, dua langkah.
Jatuh.
Bangun semula, kembali mencuba
Satu langkah, dua langkah, tiga langkah.
Jatuh lagi.
Hampir menangis, bangun semula.
Si ibu melihat dari jauh, risau tetapi dibiarkan dahulu. Mahu anak itu menjadi seorang yang berani mencuba.
Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, empat langkah dan semakin bertambah.
Perlahan-lahan menapak. Mula-mula jatuh berkali-kali, lama kelamaan sudah mampu berlari.
Aku lihat anak kecil itu. Terfikir, memandang diri. Kita semua pernah menjadi anak kecil itu, kita semua pernah jatuh dan bangun semula, kita semua pernah sakit dan luka sini sana kerana mencuba. Itu semua peristiwa semasa kita masih bergelar anak kecil. Tapi kini kita telah dewasa, mana hilangnya kekuatan dan keberanian yang pernah kita miliki suatu ketika dahulu?
Dalam hidup ini, anak-anak kecil adalah guru.
Guru yang mengajar erti kesabaran dengan kerenah dan pelbagai ragam dan tangisan yang dipersembahkan.
Guru yang mengajar erti kelembutan hati, kasih sayang dan belas kasihan.
Guru yang mengajar erti keikhlasan melalui senyuman-senyuman yang penuh kejujuran.
Guru yang mengajar erti kepekaan dan kehalusan jiwa tatkala mereka mempamerkan perasaan.
Guru yang mengajar erti kemaafan kerana anak kecil tidak berdendam, tiada buruk sangkaan.
Anak-anak kecil ini tidak mengenal erti putus asa, tiada istilah berhenti mencuba.
Alangkah indahnya jika kita dapat menjadi seperti anak kecil itu, walau dijeling, walau dicebik, dia tetap tersenyum dan ketawa. Jika hari ini dia menangis kerana diherdik, esok dia akan lupa. Sekalipun terjatuh berkali-kali dia tetap bangun kembali. Walaupun dimarahi, dia tak putus asa untuk belajar sesuatu yang baru dia fahami. Di suatu sudut, mungkin kita perlukan kembali jiwa sekental itu untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini.
Allah menjadikan anak-anak kecil ini sebagai tanda supaya kita bermuhasabah merenung diri dan mendapat motivasi. Maka gunakanlah akal dan pancaindera kita,  perhatikanlah mereka dengan mata hati dan jiwa, belajarlah dari anak kecil, bergaul lah dengan mereka. Fahami tutur bicara mereka. Mereka mungkin kecil tetapi hikmahnya besar sekali bagi mereka yang berfikir. Biarlah si kecil itu menjadi guru, kerana kita yang dewasa ini pun bukannya kuat selalu.


Wednesday, 25 March 2015

TUMBUK DADA TANYA IMANMU

Perasan tak, kalau kita sedih, kita mesti cari ALLAH. Solat jadi lebih khusyuk.Doa pun makin feel.

tak rindu ke perasaan tu??

:( 
"aku nak share something ni.."


"pedia??"


breath in breath out..

"lillahi ta'ala"

***

Cuba Tumbuk Dada Tanya Iman ..

Nak cari freehair,berlambak akhi...

Nak cari yang brtudung,kiri kanan akhi.
 nak cari yang pakai tudung labuh,kat bandar bertimbun
nak cari yang pakai purdah,kat 'wechat' pun ada. 
nak cari yang pakai niqab,Allah,berlambak kat facebook.
Nak cari yang berburqa,Allah, dah macam model dekat laman maya.


 Tapi ,nak cari yang SOLEHAH,Allah,susah sangat...



.Wanita solehah takkan tayang gambar,wanita Bani Tarim sanggup jalan jauh dari bertembung lelaki.tapi kita?syok upload gambar! 

Ganjaran Allah buka penutup kita di akirat dan pujian si suami tak berbaloikah dengan pujian jutaan LELAKI?
LELAKI?Kamu pun 2x5 je,duk mengada nak yang berpurdah itu ini,Anda pasti dapat yang berpurdah tapi 2x5 je macam kamu.
Allah,sila betulkan niat,istighfar buat diri,Astagfirullahal'azim.

Wanita solehah itu tidak memandang dan juga tidak dipandang.Wanita solehah itu tidak dikenali dan tidak mengenali.Cukup hnya buat bakal suami mengenali dirinya.Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki,dan dibibir lelaki tidak meniti namnya.


Jual MAHAL sikit.Eh,bukan sikit tapi banyak.


jangan nak cepat cair dengan ayat manis lelaki.sebab ayat-ayat lelaki memang manis kalah gula.Allah,hati-hati,jangan sampai terbatas iman,nanti awak menangis x berlagu.

Lupakah kamu?"kerana Dirimu begitu BERHARGA. "

Carilah pasangan hidup,carilah yang baik-baik.Bukan baik di alam maya tapi dialam nyata.Sebab alam maya boleh diedit.alam nyata,itu nyata.


Solehah buat soleh,Soleh buat solehah.Jaga hati,jaga iman,jaga pergaulan jaga Allah.Moga bermanfaat.Moga aku,kau,kita &mereka Qowiy dalam perjuangan ini.mohon doa & support.mog aAllah redha.pintu taubat masih terbuka luas untuk kita...Menjadi fitnah kepada lelaki.



~renungan bersama~

sekadar perkongsian buat semua.Wassalam.