Pages

tulisan arab

Wednesday, 1 April 2015

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER


Tttle: Pengenalan kepada komputer
jenis: acessment dalam kelas.
tarikh: 1 april 2015


PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

  • Komputer merupakan sejenis mesin peranti yang digunakan untuk mengendali data seperti yang diarahkan pengguna.
  • berupaya menyimpan,mencapai dan memproses data untuk menghasilkan maklumat.
  •  Setiap komputer memerlukan perisian (software) dan perkakasan (hardware) untuk
    berfungsi.
     Asas sistem komputer terdiri daripada:
    • perkakasan(hardware)
                     -peranti input
                     -peranti output
                     -storan
    • unit pemprosesan CPU
    • perisian (software)
    • pengguna.
     
     
    Perkakasan
    Perkakasan adalah komponen-komponen fizikal sesebuah komputer seperti keyboard,mouse,printer,monitor & dll.

    Peranti input
    Membolehkan pengguna untuk memasukkan data maklumat ke dalam komputer untuk tujuan menyimpan dan pemprosesan. Ia juga alat bagi pengguna memberikan arahan-arahan kepada komputer.
    • papan kekunci
    • tetikus(mouse)
    • pengimbas (scanner)

    Peranti output 
    • unit paparan (visual display unit)
    • pencetak (printer)
     
     Storan
    • pita magnet
    • cakera liut(floppy disc)
    • cakera keras(hard disc)
    • cakera optik(CD)
    • pemacu USB
     
    Perisian
    perisian adalah aturcara (program) iaitu satu set arahan yang disusun secara logik;
    diperlukan untuk memberi arahan kepada sesebuah komputer bagi menjalankan
    sesuatu tugas.
     
    • sistem operasi (OS) -Linux, Mac OS, Windows,UNIX & dll.
    • pemprosesan dokumen -microsoft word,microsoft excel 
    • Pangkalan Data seperti Dbase, Access 2000
    • perisian terbuka
    •  Grafik -Hrcard Grafik, Corell Draw.

    Unit pemprosesan pusat (CPU)
    CPU adalah pusat sistem komputer. Ia merupakan bahagian komputer yang paling rumit
    dan berkuasa.Biasanya CPU digelar sebagai otak sistem komputer.
     
     
    • Bertindak sebagai pengawal dalam melakukan segala operasi komputer.
    • Memproses data di dalam sistemkomputer.
    • Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data yang tersimpan di dalam pangkalan data
    • Menterjemahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain
     
     

No comments:

Post a Comment